Friday, April 10, 2015

KOLEKSI GST

Sempena menyambut musim Goods Services Tax ini,kami tampilkan rekaan yang ringkas,menarik dan semestinya ada "citarasa tersendiri"...jemputlah!

menggabungkan warna biru dan putih untuk menampakkan tenang
Dengan saiz lebih kurang 2cm,kita cuba menghasilkan sekuntum brooch/kanzashi berperwatakan tenang seperti langit yang luas
serahkan lagi warna merah di bawah terik matahari

Pada awal bulan yang agak panas ini,amat sesuai jika dipadankan brooch warna merah yang terang...ibarat sedang melaung dari atas bukit

gabungan merah dan hitam pula
Setelah puas mengandingkan merah putih,kini giliran warna merah hitam pula..hasilnya sangat exotik dan kesukaan kami ialah berpanas di bawah terik...

Cokelat
   Menoleh sekeliling terpandang banyak pepohonan yang bercabang rantingnya..gabungan akar yang kukuh mendirikan batang lalu melahirkan dahan lalu melahirkan ranting dan silih berganti mentaati masa...dan kami dedikasikan warna alam ini sebagai cokelat

satin bercorak bersama pink
  Melihat kepelbagaian di dalam alam ini,perlu juga dirakamkan dalam menghasikan brooch atau kanzashi ini..maka terhasil warna pink dan biru terang

warna tanah
  Dedaun gugur lalu jatuh mereput menjadi mineral semulajadi kepada tanah..begitulah putaran alam ini..brooch warna tanah ini ialah simbol kehidupan yang sementara

kontras
  Siang malam,susah senang,suka duka adalah pasangan kembar...semua makhluk merasainya dan kita juga berpeluang sebagai saksi menyaksikan dan merasa itu semua

jingga
  Matahari terbit lagi hari ini...alhamdulilah.maka kami rakamkan di dalam brooch warna fajar sepertimana bermulanya hari dan terbukanya rezeki untuk semua makhluk

etika warna
  Rezeki yang diberi kepada kita bukan semuanya milik kita.ada sebahagiannya perlu diagihkan kepada yang empunya hak..diri kita hanyalah sekadar pemegang amanah sahaja hinggalah kita dipanggil pulang dan diadili hati budi selama hidup di dunia

ungu yang misteri
  Kata orang ungu itu misteri...jika begitu kita garapkan isi alam ini sebagai misteri yang tak terungkai dan kita hasilkan brooch yang mewakili erti tersebut..!

seperti bunga dihinggap kumbang
  Dan kita akan terus mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepada kita...begitulah seadanya

brooch/kanzashi satin
basic color #1

Terimakasih diucapkan kepada peminat brooch/kanzashi yang sentiasa memberi sokongan

#1
#2
#3
basic color #2





Sebarang pertanyaan whatsapp
Pn.Zuraidah 017-298 9904



Terimakasih sudi melawat
    ke blog kami..jumpa lagi     
#5
#4

No comments:

Post a Comment